Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selamat datang ke Portal Rasmi Persatuan Pembantu Akauntan Sektor Awam Malaysia (PERBAKTI).

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah dan mengucapkan syabas kepada AJK PERBAKTI kerana telah berjaya membangunkan portal PERBAKTI setelah sekian lama dirancangkan. Saya amat berharap portal ini dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli bagi mandapat maklumat hal ehwal persatuan.

PERBAKTI akan berusaha sebaik mungkin bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini berkaitan aktiviti-aktiviti dan perancangan persatuan dan juga perkembangan terkini di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Akhir kata, sama-samalah kita memberi sokongan kepada persatuan kerana hanya dengan sokongan teguh daripada ahli-ahli jua kita mampu bergerak maju ke hadapan.


Sekian, terima kasih.

AHMAD HILMI BIN ABDUL WAHAB
Yang DiPertua
Persatuan Pembantu Akauntan Sektor Awam Malaysia
 (PERBAKTI)